Monday, 2 December 2013

TUHAU SABAH


Tuhau merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat sabah. Tuhau mudah diperolehi kerana terdapat di hutan – hutan Sabah. Suku kaum masyarakat yang majoriti menggunakan serta makan makanantradisional ini ialah suku kaum Dusun/ Kadazan di Sabah.
             
            



            

Cara Membuat jeruk tuhau :
          Bahan – bahan :
§  tuhau (ikut sukatan/bilangan/kuantiti yang disukai)
  • udang kering(satu bungkus yg harga rm1)- actualy optional, kalau tidak ada udang kering pun boleh
  • limau kapas secukupnya (limau nipis)
  • garam dan ajino moto secukup rasa
  • cili api (mengikut selera anda, jika suka pedas, banyakkan cili padi)
  • bunga kantan yang segar (sebagai hiasan)- Optional..kalau tidak ada pun tidak apa

Cara membuatnya :
  • Tuhau di hiris halus atau ditumbuk (boleh blender)
  • Udang kering d tumbuk bersama dgn tuhau
  • masukkan garam, aji no moto(MSG) dan cili api.
  • Gaul sebati, letak dalam mangkuk besar
  • perahkan air limau (boleh juga diganti dengan cuka makan)
  • hirislah bunga kantan halus2 dan gaulkan sekali dlm mangkuk tu.
  • Peramkan sampai 20 minit sebelum d hidangkan.
:: selamat mencuba :: J..




2 comments: