Durian merah merupakan makanan tradisi orang Sabah
khususnya di kawasan pedalaman Sabah, iaitu sekitar kawasan Daerah Telupid,
Tongod, Penangah, Bukit Garam, Beluran dan beberapa kawasan yang lain. Menurut
penduduk kawasan tersebut menyatakan isi durian merah ini adalah salah satu
makanan tradisi mereka dan isi durian ini sangat bernilai sehingga pernah
menjadi hantaran perkahwinan dalam tradisi orang suku kaum Sungai. Hal ini
kerana isi durian merah sangat sedap, dan durian merah ini juga boleh
menghasilkan minyak masak. Selain itu, kelebihan isi durian merah ini juga
boleh dibuat jeruk dan tidak mudah rosak, maka boleh disimpan dalam jangka masa
yang lama. Bahan tambahan dalam membuat jeruk juga tidak terlalu rumit, hanya
perlu campur garam secukupnya tanpa bahan pengawet yang lain. Oleh kerana
durian ini memiliki keunikkan dan kelazatan tersendiri, nilai harga durian
merah sehingga kini masih sangat mahal. Kebiasaanya, penjualan durian merah
mengikut saiz buah. Contohnya, buah yang besar dua biji atau tiga biji sudah
berharga RM10.
No comments:
Post a Comment