Monday 2 December 2013

GAMAT


Gamat atau Timun Laut adalah sejenis hidupan laut yang hidup dan membiak di dasar lautan yang cetek di seluruh dunia.
Spesis gamat mempunyai sejarah yang sangat panjang yang dianggarkan hidup semenjak 600 juta tahun dahulu. Oleh kerana itu gamat telah digelar sebagai “Fossil Hidup” di lautan.
Di antara rahsia kenapa gamat tidak mengalami kepupusan berbanding spesis hidupan lain ialah kerana ianya telah dianugerahkan kuasa untuk membiak yang menakjubkan. Gamat telah dibuktikan mampu untuk membentuk semula sebagai gamat baru walaupun selepas dipotong kepada beberapa bahagian.
Ada terdapat lebih dari 1000 jenis spesis gamat yang terdapat di seluruh dunua, hanya lebih kurang 20 daripadanya boleh dimakan oleh manusia.


Kelebihan Semulajadi Gamat
  • Gamat mempunyai keupayaan untuk membentuk semula: Apabila gamat menghadapi ancaman, ia akan mengeluarkan mukus melekit atau “tubules” sebagai satu kaedah mempertahankan diri daripada musuh. Selepas melalui satu masa antara satu minggu setengah ke lima minggu, ia akan membentuk tubules yang baru. Pengeluaran mukus ini boleh juga diikuti oleh pengeluaran toksik yang di kenali sebagai holothurin dan boleh membunuh haiwan yang berada di sekitarnya.
  • Kupayaan lain: apabila gamat dipotong menjadi dua atau tiga bahagian, setiap bahagian akan mampu memperbaiki luka masing-masing dan membesar kepada gamat yang baru dalam masa tiga hingga tujuh bulan.
  • Kelebihan yang dimiliki oleh gamat: Walaupun berada di kawasan kekurangan oksigen atau terbenam di dalam lumpur selama beberapa hari, gamat masih lagi mampu untuk kekal hidup. Secara teorinya, memandangkan gamat boleh hidup walaupun dalam keadaan seperti ini, gamat dipercayai mempunyai kebolehan semulajadi untuk mengatasi masalah kekurangan oksigen dan ianya imun terhadap virus.
Fenomena di atas telah di jadikan buktikan bahawa gamat mempunyai kuasa merejuvenasi dan penyembuhan yang kuat. Pengalaman telah membuktikan bahawa ianya juga mampu menggalakkan rejuvenasi sel serta penyembuhan luka untuk kegunaan manusia.
Kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa gamat mempunyai bahan-bahan nutrien dan ciri-ciri yang bermanfaat untuk tujuan perubatan.
Gamat telah lama dijadikan sumber makanan kesihatan dalam sejarah perubatan masyarakat Cina purba. Ianya dikatakan mempunyai ciri-ciri pemanasan dan pemulihan yang baik seperti ginseng. Perubatan Cina mempercayai bahawa Gamat adalah di antara lapan makanan laut yang paling terbaik.
Di Malaysia, gamat juga telah menjadi salah satu sumber perubatan masyarakat melayu tradisional sejak turun temurun sebagai bahan penyembuh luka terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Namun begitu, gamat dalam keadaan yang asal mempunyai bahan toksik dan bahan radikal yang tidak sesuai untuk badan jika diambil secara berlebihan..
Produk-produk yang diformulasikan daripada tulenan gamat ini telah dikomersilkan secara besar-besaran dan mendapat pengiktirafan dunia di bawah jenama Healin. Kini, kita tidak perlu lagi mengambil gamat dalam bentuk rupa dan rasa asalnya yang langsung tidak menggiurkan bagi mendapatkan khasiatnya.

Memang tidak boleh disangkal bahawa Gamat adalah salah satu anugerah Pencipta alam semesta yang sangat besar faedahnya terhadap kemakmuran manusia sejagat.

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt,Tuan sy jumpa seekor gamat di pantai PD,sy nak pastikan ,ia adalah gamat atau sebaliknya,klu ya, bagaimana cara nak jaga dan apakah makanan untuk gamat ini. Dan bagaimana cara nak bagi dia membiak. Adakah perlu potong atau 3. Sila beri tunjuk ajar. Terima kasih.Harap bantuan Tuan dapat membantu saya.

    ReplyDelete