Produk beg kraftangan Sabah ini adalah anyaman daripada
tali pengikat kotak yang dikenali sebagai tali “packing belt”. Pada suatu ketika dahulu setiap bahan anyaman adalah berasaskan dari bambu dan rotan, tetapi sekarang terdapat pelbagai bahan kitar
semula yang boleh dijadikan sebagai produk kraftangan salah satunya “packing belt” ini. Tambahan lagi, bahan
untuk menghasilkan tali “packing belt”
tidak terhad, ekoran bahan mentah untuk membuatnya adalah daripada getah.
Manakala bambu dan rotan memerlukan masa yang lama untuk matang dan boleh digunakan
untuk menghasilkan produk kraftangan. Maka bahan-bahan kitar semula seperti
tali “packing belt” ini adalah
revolusi dari penggunaan bambu dan
rotan.
Kelebihan Beg Kraftangan Sabah.
- Terdapat pelbagai jenis warna untuk dipilih.
- Terdapat pelbagai jenis saiz.
- Tahan dan tidak mudah rosak, kerana bahan asas untuk membuat tali “packing belt” adalah daripada susu getah asli.
- Tidak mudah basah apabila terkena air, kerana ianya kalis air.
- Harga murah dan berbaloi dengan kualiti beg kraftangan ini.
No comments:
Post a Comment