Thursday 19 December 2013

BURAS (BURASA)


  Buras yang siap diikat dengan menggunakan daun pisang

Burasa adalah salah satu makanan khas masyarakat Sulawesi Selatan selain daripada Tumbuk. Makanan ini dikenal juga dengan nama lapat, lontong bersantan atau buras. Bentuknya hampir mirip dengan lontong cuma agak mampat dan dimasak dengan cara tersendiri. Burasa merupakan makanan wajib bagi masyarakat Sulawesi Selatan di hari lebaran yang bole disajikan bersama soto makassar ataupun sup ayam.
Makanan ini dibuat daripada beras yang dimasak terlebih dahulu dengan santan yang banyak hingga menjadi nasi lembut dan selanjutnya dibungkus dengan daun pisang. Biasanya dibuat menjadi dua bagian dalam satu ikatan (menggunakan tali rapia atau daun pisang) kemudian direbus hingga matang. Makanan ini juga biasanya ditemui diluar wilayah Sulawesi Selatan seperti Kalimantan dan beberapa daerah lain di Indonesia dan Malaysia seperti di Tawau, Sabah. Selain untuk hidangan di hari raya, burasa juga banyak dipilih sebagai makanan untuk bekal dalam perjalanan kerana mampu bertahan hingga 48 jam. Burasa ini biasanya dimakan bersama dengan sambal kacang, telur rebus atau sambal haban tetapi bagi masyarakat Bugis atau makassar lebih sering menjadikannya teman untuk makanan soto makassar, nasu lekku' (ayam masak lengkuas) atau makanan yang berkuah lainnya.






AMBUYAT


           ▲  Tepung sagu sebagai bahan utama untuk membuat ambuyat
  Ambuyat yang siap untuk disajikan


Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai linut. Ambuyat dimakan dengan menggunakan garpu buluh yang dipanggil chandas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos, di mana terdapat banyak jenis.

Sagu adalah tepung yang diperolehi daripada pemprosesan teras batang rumbia atau "pohon sagu" (Metroxylon sago Rottb). Tepung sagu memiliki ciri-ciri yang mirip dengan tepung tapioca atau tepung ubi. Dalam resepi masakan, tepung sagu yang relatif sulit diperoleh sering diganti dengan tepung tapioka atau tepung ubi sehingga namanya sering kali ditukar, meskipun kedua-dua tepung ini berbeza.

Thursday 12 December 2013

LADANG TEH SABAH




Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia.

Merupakan sejenis teh yang segar, semula jadi serta harum hasil daripada tanah yang subur gunung Kinabalu dan bebas dari penggunaan pestisid dan pewarna tiruan.Teh ini mendapat pengiktirafan oleh SIRIM dan menjadi pilihan rakyat tempatan.

Monday 2 December 2013

MABUL ISLAND IN SABAH



Mabul Island is simply amazing as it offers its visitors an abundance of precious underwater animal,making it great place to dive and snorkel.The island is surrounded by the Celebes Sea and not that far off from Sipadan Island-a perfect spot to chill and be away from the hustle and bustle of the City life.


Mabul was first known as a fishing village in the 1970 but was later known to divers for its geographic location to Si[adan Island.Mabuls is said to be one island that is blessed to harbour a wealth of exotic small marine animals compared to any other places in this world.This is indeed a place for you to easily spot the likes of blue ringed octopus,mimic octopus and bobtail squids to name a few.

Mabul is a small island off the south-estern coast of Sabah in Malaysia.The island has been a fishing village since 1970s.Then in 1990s,it first became popular to divers due to its proximity to Sipadan island.
Located 15 km from Sipada,this 20-hectare piece of land surfaces 2-3 meters above sea level,consists mostly flat grounds and aerial view is oval-shaped.Surrounding it are sandy beaches,perched on the northwest corner of a larger two square kilometer reef.
Mabul island is administered by Semporna Tawau district.

The reef is on the edge of the continental shelf and the seabed surrounding the reef slopes out to 25 to 30m deep.Thera are several dive resorts operating on Mabul island.
Mabul is arguably one of the richest single destinations for exotic small marine life anywhere in the world,Flamboyant cuttlefish,blue ringed octopus,mimic octopus and bobtail squids are just a few of the numerous types of cephalopods to be found on Mabul’s reef.

GAMAT


Gamat atau Timun Laut adalah sejenis hidupan laut yang hidup dan membiak di dasar lautan yang cetek di seluruh dunia.
Spesis gamat mempunyai sejarah yang sangat panjang yang dianggarkan hidup semenjak 600 juta tahun dahulu. Oleh kerana itu gamat telah digelar sebagai “Fossil Hidup” di lautan.
Di antara rahsia kenapa gamat tidak mengalami kepupusan berbanding spesis hidupan lain ialah kerana ianya telah dianugerahkan kuasa untuk membiak yang menakjubkan. Gamat telah dibuktikan mampu untuk membentuk semula sebagai gamat baru walaupun selepas dipotong kepada beberapa bahagian.
Ada terdapat lebih dari 1000 jenis spesis gamat yang terdapat di seluruh dunua, hanya lebih kurang 20 daripadanya boleh dimakan oleh manusia.


Kelebihan Semulajadi Gamat
  • Gamat mempunyai keupayaan untuk membentuk semula: Apabila gamat menghadapi ancaman, ia akan mengeluarkan mukus melekit atau “tubules” sebagai satu kaedah mempertahankan diri daripada musuh. Selepas melalui satu masa antara satu minggu setengah ke lima minggu, ia akan membentuk tubules yang baru. Pengeluaran mukus ini boleh juga diikuti oleh pengeluaran toksik yang di kenali sebagai holothurin dan boleh membunuh haiwan yang berada di sekitarnya.
  • Kupayaan lain: apabila gamat dipotong menjadi dua atau tiga bahagian, setiap bahagian akan mampu memperbaiki luka masing-masing dan membesar kepada gamat yang baru dalam masa tiga hingga tujuh bulan.
  • Kelebihan yang dimiliki oleh gamat: Walaupun berada di kawasan kekurangan oksigen atau terbenam di dalam lumpur selama beberapa hari, gamat masih lagi mampu untuk kekal hidup. Secara teorinya, memandangkan gamat boleh hidup walaupun dalam keadaan seperti ini, gamat dipercayai mempunyai kebolehan semulajadi untuk mengatasi masalah kekurangan oksigen dan ianya imun terhadap virus.
Fenomena di atas telah di jadikan buktikan bahawa gamat mempunyai kuasa merejuvenasi dan penyembuhan yang kuat. Pengalaman telah membuktikan bahawa ianya juga mampu menggalakkan rejuvenasi sel serta penyembuhan luka untuk kegunaan manusia.
Kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa gamat mempunyai bahan-bahan nutrien dan ciri-ciri yang bermanfaat untuk tujuan perubatan.
Gamat telah lama dijadikan sumber makanan kesihatan dalam sejarah perubatan masyarakat Cina purba. Ianya dikatakan mempunyai ciri-ciri pemanasan dan pemulihan yang baik seperti ginseng. Perubatan Cina mempercayai bahawa Gamat adalah di antara lapan makanan laut yang paling terbaik.
Di Malaysia, gamat juga telah menjadi salah satu sumber perubatan masyarakat melayu tradisional sejak turun temurun sebagai bahan penyembuh luka terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Namun begitu, gamat dalam keadaan yang asal mempunyai bahan toksik dan bahan radikal yang tidak sesuai untuk badan jika diambil secara berlebihan..
Produk-produk yang diformulasikan daripada tulenan gamat ini telah dikomersilkan secara besar-besaran dan mendapat pengiktirafan dunia di bawah jenama Healin. Kini, kita tidak perlu lagi mengambil gamat dalam bentuk rupa dan rasa asalnya yang langsung tidak menggiurkan bagi mendapatkan khasiatnya.

Memang tidak boleh disangkal bahawa Gamat adalah salah satu anugerah Pencipta alam semesta yang sangat besar faedahnya terhadap kemakmuran manusia sejagat.

TAPAI SABAH


Tapai biasanya didapati di dalam bungkusan daun pisang dan ada juga yang menyediakan di dalam bekas palstik untuk memudahkan proses pemerapan.
Pasti ramai di antara kita tahu bahawa disebalik kemanisan tapai ubi tersirat juga khasiat kepada kesihatan tubuh  badan manusia. Kemanisan yang selalu mendatangkan kebimbingan kepada si penggemar dikhuatiri mendatangkan penyakit berbahaya seperti diabetes dan sebagainya.


Kelebihan Tapai

Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), mendapati bahawa bacteria asid laktik dikenali sebagai “Lactobacillus plantarum” dalam tapai pulut dan ubi berupaya menghasilkan bahan nyah kuman berprotien, iaitu bakteriosin.

Ketua kumpulan penyelidik itu, Prof. Madya Dr.Foo Hooi Ling, berkata bakteria itu bukan sahaja tidak berbahaya dan selamat dimakan malah menyumbangkan kepada kesihatan perut serta usus. 

Bakteria ini dan bakteriosinnya didapati berupaya meningkatkana proses pencernaan makanan dan penyerapan zatnya. Ini secara tidak langsung menambah daya tahan penyakit dan kesihatan badan.

Hasil kajian selama empat minggu terhadap tikus juga mendapati ia bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan, malah merendahkan tahap kolestrol.


Ini menunjukkan bakteria terbabit berpotensi mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular, dengan menyingkirkan kolestrol berlebihan melalui usus .

BEG KRAFTANGAN SABAH


              Produk beg kraftangan Sabah ini adalah anyaman daripada tali pengikat kotak yang dikenali sebagai tali “packing belt”. Pada suatu ketika dahulu setiap bahan anyaman adalah berasaskan dari bambu dan rotan, tetapi sekarang terdapat pelbagai bahan kitar semula yang boleh dijadikan sebagai produk kraftangan salah satunya “packing belt” ini. Tambahan lagi, bahan untuk menghasilkan tali “packing belt” tidak terhad, ekoran bahan mentah untuk membuatnya adalah daripada getah. Manakala bambu dan rotan memerlukan masa yang lama untuk matang dan boleh digunakan untuk menghasilkan produk kraftangan. Maka bahan-bahan kitar semula seperti tali “packing belt” ini adalah revolusi dari penggunaan  bambu dan rotan.


Kelebihan Beg Kraftangan Sabah.

  1.  Terdapat pelbagai jenis warna untuk dipilih.
  2. Terdapat pelbagai jenis saiz.
  3. Tahan dan tidak mudah rosak, kerana bahan asas untuk membuat tali “packing belt” adalah daripada susu getah asli.
  4. Tidak mudah basah apabila terkena air, kerana ianya kalis air.
  5. Harga murah dan berbaloi dengan kualiti beg kraftangan ini.