Durian merah merupakan makanan tradisi orang Sabah
khususnya di kawasan pedalaman Sabah, iaitu sekitar kawasan Daerah Telupid,
Tongod, Penangah, Bukit Garam, Beluran dan beberapa kawasan yang lain. Menurut
penduduk kawasan tersebut menyatakan isi durian merah ini adalah salah satu
makanan tradisi mereka dan isi durian ini sangat bernilai sehingga pernah
menjadi hantaran perkahwinan dalam tradisi orang suku kaum Sungai. Hal ini
kerana isi durian merah sangat sedap, dan durian merah ini juga boleh
menghasilkan minyak masak. Selain itu, kelebihan isi durian merah ini juga
boleh dibuat jeruk dan tidak mudah rosak, maka boleh disimpan dalam jangka masa
yang lama. Bahan tambahan dalam membuat jeruk juga tidak terlalu rumit, hanya
perlu campur garam secukupnya tanpa bahan pengawet yang lain. Oleh kerana
durian ini memiliki keunikkan dan kelazatan tersendiri, nilai harga durian
merah sehingga kini masih sangat mahal. Kebiasaanya, penjualan durian merah
mengikut saiz buah. Contohnya, buah yang besar dua biji atau tiga biji sudah
berharga RM10.
Monday, 2 December 2013
KEROPOK AMPLANG
AMPLANG
Produk SABAH (TAWAU)
Amplang adalah sejenis makanan ringan
berasaskan ikan. Ia pada kebiasannya berbentuk bulat dan berwarna putih.
Amplang merupakan salah satu produk yang berasal dari Sabah khususnya di daerah
Tawau. Keropok ini diperbuat daripada ikan tenggiri yang dicampur dengan tepung
kanji, di samping bahan bahan lain, dan kemudiannya digoreng.
Antara
bahan bahannya ialah isi ikan, tepung kanji, garam, gula, natrium bikarbonat,
MSG, dan telur ayam. Pemprosesan amplang adalah mudah dan ringkas.
Berikut ialah
langkah-langkah yang terlibat dalam pemprosesan amplang:
1.
Mengadun – Isi ikan
diadun bersama tepung kanji serta ramuan lain bagi membentuk doh.
2.
Membentuk – Doh
dibentuk menjadi ketulan silinder besar seberat 500 gram, kemudian
dipotong kecil secara melintang. Setiap potongan kecil tadi dibentuk silinder
sekali lagi dengan saiz yang lebih kecil sebelum dipotong halus.
3.
Memasak – Amplang
yang dipotong halus-halus digoreng di dalam minyak yang banyak selama lebih
kurang 30 minit sehingga benar-benar ranggup. Amplang sentiasa di kacau semasa
digoreng bagi mengelakkannya menjadi hangit.
4.
Mengetos – Sesudah
digoreng, amplang ditoskan bagi membuang sisa-sisa minyak.
5.
Pembungkusan dan
penyimpanan – Amplang yang sudah siap, dibungkus dalam plastik kedap udara
kemudian disimpan pada suhu bilik serta jauhkan daripada pancaran cahaya
matahari dan selamat daripada serangan serangga.
TUHAU SABAH
Tuhau merupakan salah satu
makanan tradisional masyarakat sabah. Tuhau mudah diperolehi kerana terdapat di
hutan – hutan Sabah. Suku kaum masyarakat yang majoriti menggunakan serta makan
makanantradisional ini ialah suku kaum Dusun/ Kadazan di Sabah.
Cara Membuat jeruk tuhau :
Bahan – bahan :
- udang
kering(satu bungkus yg harga rm1)- actualy optional, kalau tidak ada udang
kering pun boleh
- limau
kapas secukupnya (limau nipis)
- garam
dan ajino moto secukup rasa
- cili
api (mengikut selera anda, jika suka pedas, banyakkan cili padi)
- bunga
kantan yang segar (sebagai hiasan)- Optional..kalau tidak ada pun tidak
apa
Cara membuatnya :
- Tuhau
di hiris halus atau ditumbuk (boleh blender)
- Udang
kering d tumbuk bersama dgn tuhau
- masukkan
garam, aji no moto(MSG) dan cili api.
- Gaul
sebati, letak dalam mangkuk besar
- perahkan
air limau (boleh juga diganti dengan cuka makan)
- hirislah
bunga kantan halus2 dan gaulkan sekali dlm mangkuk tu.
- Peramkan
sampai 20 minit sebelum d hidangkan.
:: selamat mencuba :: J..
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)

.jpg)
.jpg)